Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Bahasa:   BM

Jumlah Pelawat
891171
Kemaskini Pada: 16 11 2018
Versi 8.1.2
PERUTUSAN PENGARAHPERUTUSAN PENGARAH


Salam sejahtera, Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada kakitangan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak yang terlibat dalam membangunkan laman web ini. Dengan adanya laman web ini, JWKS mampu bergerak seiring dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam usaha memodenkan pengurusan perkhidmatan automasi dan e-Kerajaan.

Selaras dengan kepesatan kemajuan ICT masakini, adalah diharapkan supaya laman web ini dapat mempromosikan JWKS kepada semua pelanggan disamping menyebarkan maklumat serta perkhidmatan yang disediakan. Saya juga berharap, segala maklumat yang disalurkan melalui laman web ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pelanggan JWKS.

Saya percaya melalui laman web JWKS, agensi kami dapat membantu orang ramai khususnya masyarakat di Sarawak memperolehi  maklumat dengan mudah. Kini, JWKS mempunyai pusat latihan yang dikenali sebagai Pusat Latihan Wisma Wanita (WWTC) berfungsi memberi latihan dan kemahiran kepada golongan wanita di Sarawak berkenaan dengan kemahiran seperti Jahitan Kreatif, Jahitan Pakaian, Masakan dan Kecantikan dan Spa. Selain itu juga, JWKS turut mengadakan program-program kesedaran kepada kaum wanita khususnya NGO-NGO Wanita di Sarawak.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama serta menyokong JWKS dalam melaksana dan mengadvokasikan Dasar Pembangunan Wanita demi mencapai Wawasan 2020.

" Kesejahteraan Negara Bermula Dari Keluarga "

 


PN. NORIAH BINTI HAJI AHMAD
Pengarah
Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak